Notis Privasi
1. APAKAH NOTIS INI?
Sila baca notis privasi ini (“Notis Privasi”) dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan Suara Johor Sdn Bhd (Best FM) berkenaan Data Peribadi pelanggannya dan cara kami akan menggunanya. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah diperkenalkan untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang terpakai bagi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, memerlukan Kami untuk memaklumkan anda mengenai hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda.
2. APAKAH DATA PERIBADI?
“Data Peribadi” merujuk kepada maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara bersendiri atau bersama-sama dengan data lain yang Kami kumpul atau mempunyai akses kepadanya.
3. SIAPA KAMI?
Sebarang rujukan dalam Notis Privasi ini kepada “Best FM” dan “Kami” bermaksud Suara Johor Sdn Bhd dan, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.
4. APAKAH DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPULKAN DARIPADA ANDA?
Data Peribadi yang Best FM mungkin kumpulkan mengenai anda akan berbeza-beza bergantung kepada cara anda berinteraksi dan berhubung dengan kami. Sebagai contoh, ia mungkin termasuk:
- nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalan (termasuk kad pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, nombor telefon atau telefon mudah alih, dan alamat e-mel;
- maklumat kad kredit dan/atau kad debit anda, butiran akaun bank dan sejarah pembayaran anda (jika berkenaan, contohnya untuk tujuan pengiklanan atau pembelian);
- status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda perolehi daripada Kami atau langgan;
- cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami (seperti penyertaan dalam peraduan atau interaksi dengan laman web kami);
- peralatan (seperti telefon pintar dan sistem komputer anda) dan/atau perisian yang anda gunakan apabila mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami;
- minat dan kecenderungan peribadi anda untuk membantu Kami menyesuaikan tawaran produk dan/atau perkhidmatan kami yang paling sesuai untuk anda;
- data aliran klik apabila anda melawati mana-mana aplikasi, platform media sosial atau laman web Best FM;
- rakaman bagi panggilan yang dibuat oleh anda ke studio atau pejabat kami untuk peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami; dan
- maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk tujuan urusan sah Best FM atau seperti yang dikehendaki oleh syarat undang-undang yang berkenaan.
5. APAKAH SUMBER DATA PERIBADI ANDA?
Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi daripada anda secara langsung apabila anda:
- berkomunikasi dengan Kami, termasuk apabila anda menghubungi Kami mengenai sebarang pertanyaan;
- menggunakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan Best FM;
- menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan, peraduan atau program yang dijalankan dan/atau dianjurkan oleh atau bagi pihak Best FM;
- meminta sebarang maklumat atau mendaftarkan sebarang kepentingan dalam mana-mana produk dan/atau perkhidmatan Best FM;
- bertindak balas kepada sebarang bahan pemasaran atau promosi yang diedarkan oleh Best FM;
- melawat mana-mana pejabat atau premis Best FM;
- melawat, melayar, menyiar atau memasukkan sebarang maklumat ke dalam mana-mana aplikasi, platform media sosial dan/atau laman web Best FM;
- membuat aduan kepada Best FM; dan
- memberikan sebarang maklum balas kepada Best FM.
Selain daripada Data Peribadi yang diperolehi daripada anda, Kami juga mungkin mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang Kami berurusan dengan atau berkaitan dengan anda (termasuk rujukan kredit atau agensi pelaporan atau institusi kewangan) dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk pendedahan Data Peribadi yang berhubung dengan anda, dan/atau jika dibenarkan secara sah.
Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan anda akan laman web kami daripada kuki. Anda tidak diwajibkan untuk menerima kuki. Jika anda bimbang, anda boleh menetapkan komputer atau peranti anda untuk menerima sama ada kesemua kuki, untuk memberitahu anda apabila kuki dikeluarkan, atau untuk tidak menerima kuki pada bila-bila masa.
Harap maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai hanya untuk laman web dan platform Best FM dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang boleh diakses daripada laman web kami.
6. BAGAIMANA MUNGKIN KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA?
Kami mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan berikut (“Tujuan”):
- untuk mentaksir dan memproses permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan Best FM;
- untuk memastikan identiti dan latar belakang anda;
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk menyediakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan kepada anda;
- untuk memproses transaksi pembayaran anda (jika berkenaan);
- untuk menjawab pertanyaan anda;
- untuk mentadbir penyertaan anda dalam peraduan;
- untuk menjalankan aktiviti dalaman, pematuhan, audit atau tujuan keselamatan;
- untuk menjalankan tinjauan pasaran dan analisis arah aliran;
- untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Best FM serta rakan kongsi strategik pilihan kami;
- untuk aktiviti urusan sah Best FM yang lain.
7. DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN DATA PERIBADI ANDA?
Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat pihak ketiga, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami, memproses transaksi pembayaran, atau untuk tujuan lain yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada badan dan agensi kerajaan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami.
Jika diperlukan, Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia atau didedahkan kepada mana-mana rakan kongsi perniagaan dan/atau pembekal perkhidmatan Best FM, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia.
8. APAKAH LANGKAH YANG KAMI AMBIL UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
Kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi anda dengan memastikan bahawa:
- Data Peribadi anda disimpan seperti yang dikehendaki oleh Akta;
- Kakitangan Best FM tidak menyalahgunakan Data Peribadi anda; dan
- mana-mana pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik memproses Data Peribadi anda mengikut terma kontrak mereka dengan Best FM.
9. BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA?
Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selagi mana anda kekal sebagai pelanggan atau pengguna mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami. Kami juga akan mengekalkannya untuk satu tempoh masa selepas itu jika ia masih diperlukan untuk Tujuan yang dinyatakan.
10. APAKAH KOMITMEN YANG ANDA BERIKAN BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA?
Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan untuk mengemas kini Data Peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau lapuk.
Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda dikehendaki untuk memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberi kebenaran bagi pihak anda untuk memproses Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.
Anda menyatakan dan menjamin bahawa persetujuan pihak ketiga yang Data Peribadinya anda berikan kepada Best FM telah diperolehi untuk membolehkan Kami memprosesnya.
11. APAKAH HAK ANDA BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA?
Anda boleh pada bila-bila masa menghubungi kami untuk membuat pertanyaan atau aduan, mengakses, mengehadkan pemprosesan, atau meminta pembetulan Data Peribadi anda. Berhubung dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta kami untuk tidak memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut. Kami berhak untuk menolak permohonan akses data dalam situasi tertentu yang dibenarkan oleh undang-undang.
12. KEMASKINI KEPADA NOTIS PRIVASI INI
Notis Privasi ini boleh dipinda oleh Kami pada bila-bila masa dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan diterbitkan di laman web Best FM atau melalui cara lain yang Kami anggap sesuai.
13. BUTIRAN UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Kami melalui:
Pos:
SUARA JOHOR SDN BHD (BEST FM)
Bukit Pelangi, Jalan Pasir Pelangi,
80050 Johor Bahru, Johor.
E-mel:
info@bestfm.com.my
Telefon:
Pejabat: +607-331 4104
Waktu Pejabat:
Isnin – Jumaat (8:00 pagi – 4:30 petang)