10.00am – 11.00am
Top 10 @ 10
Pemilihan 10 buah lagu terbaik, Best & popular meliputi tahun 90an, 2000an & terkini akan disiarkan dalam Best Top 10. Selain penyampai boleh kongsikan sedikit info pasal lagu & penyanyi dalam jam ini. Lagu-lagu bertema seperti hari radio, wanita, ibu, maulidurrasul, birthday selebriti akan disiarkan mengikut tarikh-tarikh tertentu.
Hello TT
Sebuah lagu terpilih, popular & best di Tik Tok terutama yang tengah viral.
11.00am – 12.00pm
Yang In Yang Viral
Cerita-cerita viral daripada selebriti yang berlaku sama ada di Malaysia mahu pun luar negara, terutama menjadi viral di platform media sosial.
12.00pm – 1.00pm
SIS KONGSI / B KONGSI
Penyampai akan kongsikan pelbagai tips-tips berguna meliputi kesihatan, pemakanan, feshion, penjagaan diri, perbelanjaan, bulan puasa, hari raya dan sebagainya.
1.00pm-2.00pm
OST Best
Pendengar akan dihiburkan dengan sebuah lagu (OST) drama @ filem yang best dan popular, sama ada drama atau filem di Malaysia mahu pun antarabangsa.
Best Jalan Vibes (BJV)
Bersama Ieqa dalam Best Jalan Vibes, sempena Tahun Melawat Johor 2026. BJV mengetengahkan segmen pelancongan yang meliputi lokasi-lokasi atau tempat pelancongan menarik, tempat makan best, tempat bersejarah, taman permainan, agro & ekopelancongan, homestay, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Johor. Selain mengenali dengan lebih dekat lagi gaya hidup, budaya dan identity Johor yang kaya dengan pesona tersendiri.
2.00pm-3.00pm
Korang Request, Sis Belanja
Peluang dan ruang kepada pendengar untuk dengarkan lagu-lagu & ucapan pilihan mereka disiarkan oleh penyampai selama 1 jam bersama Ieqa di Best Hits.
Kenal suara manja tapi bertenaga? Itulah Ieqa Nerman. Penyampai radio yang suka berborak santai dan paling pentin… suka buat pendengar rasa macam borak dengan member. Orang selalu cakap Ieqa ni nampak macam 20an lagi, tapiii biarlah rahsia.
Sebelum jadi penyampai Radio, Ieqa pernah menjadi News Reader tau. Ieqa juga pernah memenangi Anugerah penyampai radio Terbaik Anugerah Media Johor tahun 2019. Dengar je Ieqa onair semunya dibawakan dengan vibe positif & fun. Senang citer dengar je suara ieqa Confirm rasa nak stay Tune sampai habis. Lurveeee
Hi guys!! Nama diberi Muhammad Hafiz Najmudin, berasal dari Alor Setar, Kedah. Hafiz anak yang ke 7 dari 7 beradik, ofcourse Si Bongsu. Hafiz suka layan movie and late night drive !
Hafiz bermula karier sebagai Penyampai Radio di Best FM pada tahun 2026 melalui Pencarian The Next Bestcham Baru Best (BBB). Sebelum Hafiz jadi penyampai radio dekat Best Fm, Hafiz pernah jadi Barber ada (Sijil Kemahiran dalam bidang Hairstyling), Foreman Accessories Motor dan Penjual Kereta.
Dengan kata-kata, “ Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita lalui sebab setiap yang jadi dalam hidup kita adalah satu pengajaran “ merupakan kata2 penguat untuk Hafiz terus bersemangat.
Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.