6.00 am -7.00 am
Sepatah Dua
Best Pagi Onz nak naikkan mood atau semangat anda untuk memulakan hari yang baru dengan kata-kata mutiara atau inspirasi, semoga menjadi perangsang dan kekuatan dalam kehidupan kita.
Pikat Best
Penyampai akan sharekan ‘kata-kata hari ni atau Ayat manis hari ni’ yang chil tapi bermakna dalam hidup kita daripada media sosial (Tiktok / IG). Kudein akan memberikan huraian dengan maksud yang tersirat.
Sorak Best
Penyampai akan share info sukan sama ada dalam negara atau pun luar negara. Selain keputusan perlawanan bola sepak jika ada perlawanan malam tadi.
BPO Mendonia (U)
Semalam terlepas nak dengan BPO Mendonia yang mengisahkan tentang Rekod Dunia, meliputi kehidupan manusia, flora & fauna, angkasa, sejarah, Misteri Dunia dan sebagainya. Anda boleh dengarkan ulangannya dalam jam ini.
7.00am-8.00am
FYB – For Your Best
Handphone bateri kong… internet problem..? Tak tau apa yang berlaku dalam negara atau luar negara… Jangan risau.. BPO kan ada, so diorang boleh tolong kongsikan isu-isu semasa dengan anda apa cerita atau berita best yang berlaku dalam ‘FYB’.
Bual Tepi
Penyampai akan share cerita artis yang berlaku sama ada dalam atau luar negara dari sumber atau portal Wafa. Boleh dapatkan juga Pic dari Wafa untuk sharekan sendiri cerita artis tu samada call atau voice note.
8.00am-9.00am
Table Talk
Pendengar berpeluang berkongsi pengalaman, komen atau pandangan untuk satu topik yang akan dishare oleh TRIKADA. Boleh call 073331041 atau whatsapp dan boleh tinggalkan komen di sosial media Best Fm.
9.00am-10.00am
Nak Tanya Ke Nak Jawab (Game 3 Penjuru)
Pendengar akan berlawan dengan penyampai untuk menjayakan game ini. Contoh hari ni ayat tanya berdasarkan situasi yang dipilih , 2 penyampai bersama seorang pendengar akan bersaing. Contoh Situasi kasut (hari ni pakai kasut apa ? Pakai stokin tak ? ) contoh ayat penyata Situasi kerja ( saya kerja di johor , saya masuk pukul 8am ) setiap peserta harus menjawab tidak lebih 3 saat .
BPO Mendonia
Korang nak tau apa cerita menarik yang berlaku dalam Dunia Kita, antaranya Rekod Dunia, ragam manusia, kehidupan, alam flora & fauna, angkasa, sejarah, Misteri Dunia dan sebagainya. Contoh, Manusia Paling Berat Di Dunia, Tarik Kapal Terbang Guna Gigi, Makan Kaca terbanyak dan sebagainya..
PIKAT Best
Penyampai akan sharekan ‘kata-kata hari ni atau Ayat manis hari ni’ yang chil tapi bermakna dalam hidup kita daripada media sosial (Tiktok / IG). Kudein akan memberikan huraian dengan maksud yang tersirat.
DJ Ryn merupakan penyampai senior di Best FM yang berasal dari Johor Bahru, berpengalaman lebih 21 tahun dalam dunia penyiaran dan pengacaraan.
Dikenali dengan suara husky yang memikat dengan aura orang Johor, beliau mengendalikan slot hujung minggu “Best Retro Vibes” setiap 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Pernah menerima pengiktirafan anugerah industri, bakat dan konsistensi beliau menjadikan DJ Ryn antara suara berpengaruh yang kekal relevan dan dekat di hati pendengar.
Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.