Hadiah kereta ini bagaikan rezeki perkahwinan saya dan Erra – Mr E
Kuala Lumpur : “Saya anggap ini rezeki perkahwinan dan rezeki kami berdua,” kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali Mr E. Ezwan juga suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira,...
Kuala Lumpur : “Saya anggap ini rezeki perkahwinan dan rezeki kami berdua,” kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali Mr E.
Ezwan juga suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, mengenai kemenangannya membawa pulang sebuah kereta Honda HR-V dalam cabutan bertuah Kempen Mega dan Al-Awfar 2025 Bank Islam, baru-baru ini.
Kemenangan itu dianggap sebagai kejutan berganda apabila tarikh penerimaan hadiah itu jatuh tepat pada hari ulang tahun kelahiran Erra pada 9 Februari lalu sekali gus, Ezwan, 45, berbesar hati menghadiahkan kereta itu kepada isterinya.
“Secara tidak langsung, kereta itu menjadi hadiah ulang tahun buat isteri saya. Jadi, saya hadiahkan kepada Erra bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari yang sama,” katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Ezwan mengakui sepanjang hidupnya, dia tidak pernah memenangi sebarang hadiah yang besar menerusi mana-mana cabutan bertuah.
“Saya tidak pernah memenangi sebarang cabutan bertuah, terutamanya yang sebesar ini.
“Kalau cabutan yang kecil dalam majlis biasa itu adalah juga, tetapi yang sebesar ini saya sifatkan sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka,” katanya.
Walaupun akaun yang memenangi cabutan itu adalah akaun peribadinya, Ezwan tetap melihat ia sebagai keberkatan hidup berumah tangga.
Terbaharu, Ezwan melebarkan lagi namanya dengan bergelar pengacara podcast di saluran YouTube bersama Erra, KasiOnz.
Sumber: Harian Metro
No Comment! Be the first one.