Ayda Jebat alami komplikasi, luka jahitan bernanah
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 26 Januari lalu, mengalami komplikasi pada bahagian jahitan pembedahan di perutnya. Perkara itu...
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 26 Januari lalu, mengalami komplikasi pada bahagian jahitan pembedahan di perutnya.
Perkara itu dikongsikan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir, yang memaklumkan luka jahitan berkenaan terbuka dan bernanah sehingga memerlukan rawatan pembersihan secara berkala di hospital.
“Ketika ini Ayda sedang berpantang. Untuk kelahiran anak ketiga ini, inilah proses yang paling sakit pernah dia lalui. Ketika anak pertama dan kedua, Ayda memang tidak rasa apa sangat.
“Semasa dalam bilik bedah, matanya berair tanpa henti. Sekarang ini, perutnya seperti berlubang kerana jahitannya terbuka. Jadi setiap hari kami perlu pantau keadaan kesihatannya.
“Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehari kami ke hospital untuk membersihkan luka. Saya mohon semua titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya ketika ditemui pada sidang media Puasa Tetap Puasa, Raya Tetap Raya anjuran RTM di Studio M1, Angkasapuri Kota Media, di sini, kelmarin.
Menurut Nabil, mereka menyedari keadaan itu kira-kira seminggu selepas Ayda bersalin kerana pada awalnya menyangka ia hanya kesakitan biasa.
“Kami perasan selepas seminggu Ayda bersalin. Dia memang tidak buat apa-apa dan hanya berehat di atas katil. Ketika hendak mengalihkan kaki, tiba-tiba dia dengar bunyi seperti putus.
“Mulanya kami ingat sakit biasa sahaja. Keesokannya kami nampak ada kebocoran pada bahagian jahitan. Ayda memang tidak berhenti menangis,” katanya.
Bagaimanapun, Nabil bersyukur kerana isterinya masih kuat dan tabah menghadapi ujian berkenaan, malah tetap cekal menguruskan anak-anak walaupun dalam keadaan kurang sihat.
“Alhamdulillah, Ayda seorang yang sangat kuat. Kalau dia mengadu sakit, itu bermakna dia memang betul-betul sakit. Dia jenis yang walaupun sakit teruk, tidak suka makan ubat.
“Selagi boleh tahan, dia akan tahan. Bila dia minta ubat, kita tahu dia memang sudah tidak tertahan. Dia masih boleh tersenyum dan tetap menjaga anak-anak walaupun sedang sakit,” katanya.
Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.
Sumber: BH
No Comment! Be the first one.